Saturday, 11 May 2013

IKAN KERAPU TIGA RASA

Posted by Unknown 23:47


Bahan-bahan ( 5 orang )

  • Seekor ikan kerapu
  • 2 biji bawang putih - dicincang halus
  • 5 biji bawang merah - dicincang halus
  • 8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 kerat nenas - di potong dadu
  • 2 sudu cili boh
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
  • Minyak

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
  4. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
  5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

DAGING MASAK HITAM

Posted by Unknown 23:37

Bahan-bahan ( sekeluarga )
daging -mana-mana bhg pun sedap
cili kering, halia, bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas
gula merah, kicap, air asam jawa, garam, minyak
kacang peas (tin), bawang besar
Cara-cara
rebus daging (1/2 masak),kemudian hiris ikut suka tebalnya.
simpan air rebusan.
cili,halia, bawang, serai dan lengkuas di kisar semuanya.
Kemudian, tumis bahan kisar ini hingga wangi baunya, masukkan air rebusan dan daging tadi.
Kacau sebati, masukkan pula gula merah (dihiris), kicap, garam.
Masak agak pekat, masukkan air asam jawa.
Kacau dan masak hingga pekat kuahnya, masukkan bawang besar.
hidangkanlah dgn taburan kacang peas.
Sedap dimakan bersama nasi, nasi empit, roti jala, roti canai dsbg.

KARI UDANG MELETOP

Posted by Unknown 08:31
Bahan-bahan ( Hidangan untuk 4 orang ) 1. Bahan Kisar : -Bawang besar 2 biji -Bawang putih 3 ulas 2. Minyak Masak 3. Serbuk Kari Ikan 3 Sudu Besar 4. Santan Kotak 100ml 5. Daun Kari 1 Tangkai 6. Gula dan Garam Secukup Rasa 7. Udang 500gm 8. Cili Giling 3 Sudu Besar 9. Air Tambah Ikut Suka Cara-cara Bahan yang dikisar digaul bersama serbuk kari ikan..gaul hingga sebati. (dijadikan pes) Panaskan minyak dan masuk kan daun kari..apabila daun kari sedikit layu,masukkan pes dan tumis sehingga naik bau. Masukkan cili giling,sedikit gula dan garam sesedap rasa dan tumis lagi sehingga pecah minyak. Masukkan santan dan kacau perlahan lahan sehingga pecah minyak..kemudian tambah air ikut suka. Setelah mendidih,masukkan udang dan gaul bersama sehingga udang masak..Elakkan udang dimasak terlalu lama. Udang kari meletop sedia dihidang..Selamat Mencuba!!
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube